• Harga
  1. Laman Utama
  2. Ratakan PDF

Ratakan PDF

Gabungkan semua lapisan dan elemen PDF ke dalam lapisan tunggal dengan cepat. Ia cepat dan percuma untuk meratakan PDF untuk integriti dokumen yang ditingkatkan, saiz fail yang dikurangkan dan perkongsian pada sistem dengan lebih mudah.

  • Berfungsi pada peranti Mac, Windows dan Linux
  • Percuma digunakan tanpa perlu memuat turun sebarang perisian
  • Dipercayai oleh 2.4 bilion orang sejak tahun 2013

Dipercayai oleh 6,000++ Perniagaan

Alat Perataan PDF Terbaik Dalam Talian

Alat Perataan PDF kami membolehkan anda menggabungkan semua elemen PDF ke dalam satu lapisan tunggal dengan cepat. Tukarkan dokumen interaktif yang rumit menjadi ringkas, lindungi PDF untuk cetakan dan perkongsian yang sempurna.

Cegah Pengacauan Data

Meratakan PDF secara kekal membenamkan semua kandungan dalam dokumen—daripada teks kepada imej, kepada anotasi dan medan borang. Ini mencegah pengacauan maklumat dan mengekalkan integriti dokumen.

Cetakan Sempurna Setiap Kali

Dengan PDF yang diratakan,walaupun reka letak PDFrumit,cetakannya akan sama seperti yang diliihat pada skrin. Walaupun dengan berbilang tindanan seperti borang dangrafik,masih dapat dicetak dengan kesempurnaan.

Dokumen Boleh Diakses pada Mana-mana Sistem

PDF boleh dikongsi dan boleh dilihat secara universal. Tetapi sesetengah sistem bertungkus-lumus dengan dokumen pelbagai lapisan yang rumit. Apabila anda meratakan PDF, isu kerumitan ini akan hilang.

Cara Meratakan PDF secara Percuma

  1. Muat naik dokumen anda ke dalam kotak “Pilih Fail” di atas
  2. Klik “Perataan” untuk menggabungkan lapisan dan elemen dalam dokumen anda
  3. Muat turun PDF lapisan tunggal anda yang dioptimumkan

Ratakan Mana-mana PDF untuk Ketepatan & Integriti

  • Kurangkan Saiz Fail

    PDF dengan pelbagai lapisan dan elemen mengambil lebih banyak ruang. Apabila anda meratakan PDF, anda juga mengecilkan saiz dokumen anda dalam fail yang lebih mudah untuk dikongsi dan disimpan.

  • Ratakan PDF Dalam Talian pada Mana-mana Peranti

    Alat Perataan PDF kami boleh terus digunakan daripada pelbagai peranti melalui penyemak imbas anda. Cubalah—cuma seret PDF anda ke dalam kotak di atas, tidak kira skrin apa yang anda gunakan.

  • Edit Sebelum Anda Meratakan PDF

    Perlu menganotasi PDF sebelum anda meratakannya secara kekal? Mulakan PDF Editor kami untuk cuma mendapatkan apa yang anda perlukan, kemudian ratakan PDF anda untuk mengekalkan integriti dokumen anda.

  • Tingkatkan Keselamatan PDF Anda

    Satu PDF dengan berbilang lapisan menambah pelbagai elemen yang anda boleh ubah. Apabila anda meratakan PDF, secara asasnya anda mengunci kandungan, meningkatkan keselamatan dan integriti dokumen anda.

  • Semua Platform Sukakan PDF Yang Diratakan

    Dokumen yang diratakan ialah dokumen yang boleh diakses. Tanpa mengira platform atau sistem, dengan meratakan PDF, anda mengurangkan isu keserasian yang ada dengan doc rumit.

  • Kekal Peribadi Dengan Penyulitan Selamat

    Dokumen anda selamat dengan teknologi penyulitan TLS yang terkini di seluruh proses. Muat naik, ratakan PDF anda dan muat turun dokumen baharu—anda sahaja yang boleh melihat fail anda.

Soalan Lazim Mengenai Alat Perataan PDF Kami

  • Apakah itu Perataan PDF?

    “Meratakan” PDF ialah proses penggabungan semua lapisan dan elemen dokumen ke dalam lapisan tunggal. Ia seperti mengambil tindanan piza yang belum dimasak dengan lapisan ramuan dan membakarnya supaya ia bertaut bersama untuk perkongsian dan penggunaan yang mudah. Dengan PDF, ia membantu kandungan dokumen anda daripada diubah suai atau dimanipulasi dan meningkatkan fideliti dan ketepatan PDF anda.


  • Mengapakah ia penting untuk meratakan lapisan PDF?

    Dengan menggabungkan lapisan PDF, anda menjadikan dokumen anda lebih selamat, lebih boleh dibaca dan lebih serasi di seluruh sistem. Ia juga mengalih keluar kerumitan daripada dokumen dengan mengurangkan saiz fail dan menjadikannya boleh dikongsi di seluruh sistem. Dan segalanya dikunci pada tempatnya, PDF anda kelihatan sama, tidak kira siapa yang membukanya atau peranti apa yang mereka gunakan. Apabila anda mencetak PDF anda, ia akan keluar sama seperti pada skrin anda. Tiada kejutan!


  • Apakah yang berlaku apabila saya meratakan PDF?

    Sebaik sahaja PDF diratakan, teks, imej, medan borang dan elemen lain digabungkan ke dalam satu lapisan tunggal. Ini bermaksud elemen ini tidak boleh lagi diedit secara berasingan, dan dikunci dengan penting dalam penampilan PDF anda. Elemen interaktif lain seperti medan borang dan hiperpautan URL juga dialih keluar. Jadi, anda ada dokumen kekal yang mudah boleh dikongsi, diakses dan dicetak pada sistem dengan penampilan yang konsisten.


  • Bolehkah saya membuat asal PDF yang diratakan untuk memulihkan lapisan?

    Secara umumnya, tidak. Sebaik sahaja PDF diratakan, proses tersebut tidak boleh dibalikkan dengan mudah. Jadi, pastikan anda menyimpan salinan PDF anda sebelum meratakannya, sekiranya anda perlu membuat edit di kemudian hari. Sudah tentu, anda juga boleh menggunakan alat yang berasingan seperti PDF Editor percuma kami untuk mencipta semula anotasi, imej, pautan dan banyak lagi jika anda tidak mempunyai versi yang tidak diratakan bagi dokumen anda.


  • Bagaimanakah saya boleh meratakan PDF dalam talian secara percuma?

    Dengan Alat Perataan PDF Smallpdf, anda boleh menggabungkan PDF yang berbilang lapisan ke dalam satudokumen lapisan tunggal dengan mudah. Ia merupakan alat yang berasaskan awan yangboleh diakses dari pelbagaiperanti atau penyemak imbas. Dan ia percuma sepenuhnya untuk meratakan PDF tanpa memerlukan pendaftaran. Cuma skrol ke bahagian atas halaman ini dan lepaskan dokumen anda kedalam kotak.


Nilaikan alat ini
3.4 / 5 - 5 undi