Masalah Biasa
-
Proses tidak boleh selesai / Ia mengambil masa terlalu lama!
Apabila program tidak dapat melengkapkan proses, biasanya sambungan pelayar adalah masalahnya.
Sila cuba yang berikut:.
1. Pastikan semua sambungan pelayar anda dinyahdayakan apabila menggunakan perkhidmatan kami.
2. Jika itu tidak berfungsi, cuba gunakan pelayar yang berbeza.
Dalam 99% kes, ini akan menyelesaikan masalah. Sekiranya anda masih menghadapi masalah sila hantarkan e-mel kepada kami.Ini tidak menyelesaikan masalah anda?
Kalau begitu, hubungi kami dan kami akan lakukan yang terbaik untuk membantu. -
Saya tidak menemui fail saya / Ke manakah fail saya diletakkan?
Apabila anda tidak dapat mencari fail, ia biasanya salah satu daripada dua masalah ini.
Sama ada anda telah menyelesaikan pemprosesan fail dan telah menekan butang muat turun. Kemudian fail anda mungkin berada dalam folder muat turun standard pelayar anda.
Perkara lain yang lebih biasa berlaku ialah fail anda dimuat naik tetapi pemprosesan tidak selesai (ikon tidak pernah berhenti bergerak) dan anda tidak memuat turun fail tersebut.
Apabila program tidak dapat menyelesaikan proses, biasanya sambungan pelayar adalah masalahnya.
Silakan cuba yang berikut:
1. Pastikan semua pelayar anda dinyahdayakan apabila menggunakan perkhidmatan kami.
2. Jika itu tidak berfungsi, cuba gunakan pelayar yang berbeza.
Dalam hampir semua kes, ini akan menyelesaikan masalah.Ini tidak menyelesaikan masalah anda?
Kalau begitu, hubungi kami dan kami akan lakukan yang terbaik untuk membantu. -
Adakah Smallpdf selamat untuk saya? Adakah fail saya akan dipadamkan?
Kami prihatin tentang privasi anda dan kami mengambil semua langkah yang perlu untuk memastikan sebarang maklumat peribadi yang anda berikan kepada kami disimpan dengan selamat.
Walaupun laman kami tidak disulitkan sepenuhnya, muat naik fail sentiasa melalui sambungan yang selamat. Semua pemindahan fail dijamin dengan tahap penyulitan lanjutan SSL dan kami memusnahkan semua fail secara automatik daripada pelayan kami, dalam masa satu jam selepas pemprosesan bagi kebanyakan alat.
Untuk maklumat lanjut, sila baca dasar privasi kami.
Jika anda fikir anda mungkin menemui kelemahan keselamatan dalam Smallpdf, sila baca di sini dan berhubung terus dengan pasukan keselamatan kami.Ini tidak menyelesaikan masalah anda?
Kalau begitu, hubungi kami dan kami akan lakukan yang terbaik untuk membantu. -
Selepas menggunakan Smallpdf, fail saya kelihatan berbeza. Apakah yang boleh saya lakukan?
Adakah dokumen anda mempunyai sebarang perubahan? Adakah ia kelihatan berbeza daripada yang asal?
Terutamanya mampatan atau penukaran daripada PDF kepada dokumen Office, ini boleh berlaku. Ia sangat jarang tetapi boleh berlaku. Perkara ini sangat penting bagi kami membetulkan isu-isu seperti ini.
Sila hantarkan laporan kepada kami di sini. Kami sangat menghargainya!
Jika anda menghadapi masalah fon daripada penukaran Office kepada PDF, sila cari penyelesaian di siniIni tidak menyelesaikan masalah anda?
Kalau begitu, hubungi kami dan kami akan lakukan yang terbaik untuk membantu. -
[Mampatkan PDF] Pemampatan lanjut diperlukan?
Kami sengaja tidak membina sebarang pilihan dalam pemampat PDF kami untuk memastikannya mudah. Formula mampatan kami direka untuk memberikan mampatan yang terbaik sambil mengekalkan kualiti tertinggi. Kami telah mengoptimumkan alat pemampatan kami untuk memberikan hasil yang terbaik sambil mengekalkan kualiti dan berasa duka cita kerana kami tidak dapat menawarkan sebarang pemampatan lanjutan lagi.
Ini tidak menyelesaikan masalah anda?
Kalau begitu, hubungi kami dan kami akan lakukan yang terbaik untuk membantu. -
[Office kepada PDF] Masalah fon.
Jika fail anda kelihatan berbeza selepas penukaran Office kepada PDF, maka masalah biasanya berkaitan dengan fon. Biasanya masalah ini adalah kerana kami tidak mempunyai fon tersebut. Ini bermakna fon yang anda ada pada Word di komputer anda tidak ada pada kami. Jadi, fon yang anda ada pada Word di komputer anda yang tidak ada pada pelayan kami, akan mencipta hasil yang kurang baik.
Sila benamkan semua fon semasa anda menyimpan dokumen anda dalam Microsoft Word dan muat naik sekali lagi.
Di sini anda akan menemui arahan bagaimana untuk melakukannya.
Jika anda masih menghadapi masalah, sila hantarkan laporan berserta fail kepada kami.Ini tidak menyelesaikan masalah anda?
Kalau begitu, hubungi kami dan kami akan lakukan yang terbaik untuk membantu. -
Bagaimanakah saya boleh menyusun semula halaman dalam PDF?
Menggunakan fungsi Gabungkan PDF, anda boleh menyusun semula halaman di sini dengan mudah dengan menyeretnya ke kedudukan yang berbeza. Cuma muat naik dokumen anda dalam aplikasi Gabungkan PDF, pilih pilihan "mod halaman" di bahagian atas sebelah kanan kotak dan seret halaman ke kedudukan yang berbeza. Kemudian klik gabungkan dan muat turun fail anda dengan halaman dalam susunan baru. Siap, halaman anda disusun semula.
Ini tidak menyelesaikan masalah anda?
Kalau begitu, hubungi kami dan kami akan lakukan yang terbaik untuk membantu. -
Mengapakah saya perlu membayar untuk Smallpdf sekarang?
Kami sentiasa menambah baik Smallpdf! Untuk membiayai usaha pembangunan kami, kami menawarkan harga langganan yang munasabah. Untuk pengguna sekali-sekala kami, Smallpdf mungkin masih percuma untuk digunakan.
Ini tidak menyelesaikan masalah anda?
Kalau begitu, hubungi kami dan kami akan lakukan yang terbaik untuk membantu. -
Bagaimanakah saya boleh menggunakan beberapa aplikasi tanpa memuat naik semula?
Anda boleh menggunakan beberapa alat dalam aliran kerja tanpa memuat naik semula fail. Sebagai contoh, anda mungkin ingin menggabungkan beberapa dokumen menjadi satu dan kemudian menandatanganinya. Anda akan menemui pilihan yang tersedia dalam hasil setiap langkah. Baca lebih lanjut mengenainya di blog kami
Ini tidak menyelesaikan masalah anda?
Kalau begitu, hubungi kami dan kami akan lakukan yang terbaik untuk membantu. -
Mengapakah saya perlu menambah kad kredit untuk percubaan percuma saya?
Kami memerlukan kad kredit untuk (a) memastikan anda orang yang sebenar dan (b) memudahkan peralihan yang lancar daripada percubaan percuma anda kepada perkhidmatan Pro kami. Jika anda membuat pembatalan semasa percubaan percuma anda, anda tidak akan dikenakan caj.
Ini tidak menyelesaikan masalah anda?
Kalau begitu, hubungi kami dan kami akan lakukan yang terbaik untuk membantu.
Smallpdf Pro
-
Apakah manfaat akaun Pro?
Langganan Smallpdf Pro mendapat manfaat yang berikut:
- Akses Tanpa Had - Melakukan proses seberapa banyak fail yang anda kehendaki pada semua alat Smallpdf, di Aplikasi Web dan Aplikasi Desktop.
- Pemprosesan Kelompok - Memuat naik, menukar dan memampatkan berbilang fail bersama pada masa yang sama.
- Sifar Iklan - Menikmati keindahan reka bentuk Smallpdf sepenuhnya tanpa gangguan iklan.
- Keutamaan Sokongan - Bantuan dipercepatkan, pengguna Pro akan sentiasa diberikan keutamaan dalam sokongan kami.
- eTandatangan - Menyimpan tandatangan digital anda untuk menandatangani dokumen PDF.
- 17 Alat - Memampatkan, menukarkan, menggabungkan, memisahkan, menandatangani dan mengedit PDF.
- Penyulitan SSL 256 bit - Memindahkan fail yang disulitkan sepenuhnya untuk memastikan fail anda selamat.
- Fungsi Bersambungan - Menggunakan berbilang alat berturut-turut, tanpa perlu memuat naik semula fail anda.
- Integrasi - Serasi dengan Google Drive dan Dropbox.
Ini tidak menyelesaikan masalah anda?
Kalau begitu, hubungi kami dan kami akan lakukan yang terbaik untuk membantu. -
Apakah jenis kaedah pembayaran yang anda sokong?
Kad kredit utama yang berikut diterima.
- Visa
- Mastercard
- American Express
Ini tidak menyelesaikan masalah anda?
Kalau begitu, hubungi kami dan kami akan lakukan yang terbaik untuk membantu. -
Mengapakah Kad Kredit saya ditolak?
Op, maaf kerana ada masalah. Kami tidak menyokong semua kad kredit, anda boleh menyemak kaedah pembayaran yang kami terima dalam bahagian bantuan ini.
Beberapa sebab yang boleh menyebabkan kad anda ditolak ada disenaraikan di bawah:- Pembelian antarabangsa - sesetengah syarikat kad kredit akan menghalang pembelian antarabangsa jika anda tidak memberitahu mereka mengenai rancangan anda untuk menggunakan kad anda untuk alasan ini.
- Anda telah mencapai had kredit anda. Semak dengan pembekal kad kredit anda tentang cara terbaik untuk menghindarkan perkara ini.
- Maklumat yang anda masukkan tidak sepadan dengan rekod kad kredit anda, mungkin anda telah berpindah rumah atau mengubah nama anda baru-baru ini.
- Kad anda telah luput...semak sama ada kad kredit anda masih sah.
- Terdapat pegangan pada kad anda - apabila anda menggunakan kad anda untuk transaksi yang besar, seperti menyewa kereta sewa atau mendaftar masuk hotel, pegangan untuk jumlah penuh dikenakan pada kad anda. Jika pegangan melebihi had kad anda, ia mungkin ditolak untuk kegunaan selanjutnya sehingga pegangan dilepaskan.
Ini tidak menyelesaikan masalah anda?
Kalau begitu, hubungi kami dan kami akan lakukan yang terbaik untuk membantu. -
Bagaimanakah langganan perbaharui automatik berfungsi?
Anda tidak perlu bimbang tentang langganan anda yang akan luput, langganan dibaharui secara automatik sehingga anda membatalkannya. Apabila anda mempunyai langganan tahunan kami akan menghantar e-mel kepada anda sebelum kami mengecaj kad anda sekali lagi, sekiranya anda terlupa anda mempunyai langganan ini atau mahu membatalkannya. Sekiranya anda mahu menghentikan pembayaran, cuma batalkan langganan anda, anda masih boleh menggunakan Smallpdf Pro untuk tempoh yang telah anda bayar dan kad anda tidak akan dicaj lagi. Anda boleh membatalkan langganan anda dengan melog masuk, melawat halaman akaun anda dan mengklik pada "Batalkan Langganan". Untuk mendapatkan akses pada tarikh yang baru, lawati halaman akaun anda sekali lagi dan klik pada "Baharui Langganan".
Ini tidak menyelesaikan masalah anda?
Kalau begitu, hubungi kami dan kami akan lakukan yang terbaik untuk membantu. -
Adakah saya boleh menggunakan Smallpdf Pro untuk perniagaan saya?
Sudah tentu! Kami berbesar hati mengalu-alukan pengguna perniagaan ke Smallpdf Pro. Satu akaun diperlukan bagi setiap pekerja tetapi jika anda perlu menampung lebih daripada 500 orang pengguna, sila hantar e-mel kepada sales@smallpdf.com, kami dengan senang hati akan mencipta penyelesaian khusus bagi memenuhi keperluan anda.
Ini tidak menyelesaikan masalah anda?
Kalau begitu, hubungi kami dan kami akan lakukan yang terbaik untuk membantu. -
Bagaimanakah saya boleh membatalkan langganan Smallpdf Pro saya?
Log masuk ke Smallpdf Pro dan pergi ke Akaun anda. Tatal ke bawah ke "langganan" dan klik butang "batalkan langganan". Harap maklum bahawa anda masih boleh mengakses Smallpdf Pro untuk tempoh yang telah anda bayar.
Ini tidak menyelesaikan masalah anda?
Kalau begitu, hubungi kami dan kami akan lakukan yang terbaik untuk membantu. -
Bagaimanakah saya boleh menukar kaedah pembayaran saya?
Log masuk ke Smallpdf Pro dan pergi ke maklumat Akaun anda. Tatal ke bawah ke "kaedah pembayaran" dan klik "tukar".
Ini tidak menyelesaikan masalah anda?
Kalau begitu, hubungi kami dan kami akan lakukan yang terbaik untuk membantu. -
Di manakah saya boleh mendapatkan invois untuk langganan saya?
Log masuk ke Smallpdf Pro dan pergi ke maklumat Akaun anda. Tatal ke bahagian bawah maklumat akaun anda untuk bahagian "invois" dan klik "Muat turun sebagai PDF"
Ini tidak menyelesaikan masalah anda?
Kalau begitu, hubungi kami dan kami akan lakukan yang terbaik untuk membantu. -
Bagaimanakah saya boleh menukar alamat e-mel dan kata laluan saya?
Anda boleh menukar butiran peribadi anda dalam tetapan profil anda. Ini boleh didapati dengan melog masuk ke Smallpdf Pro dan pergi ke Akaun. Harap maklum bahawa anda tidak boleh menukar alamat e-mel atau kata laluan untuk akaun anda menerusi Smallpdf Pro jika anda telah menggunakan log masuk sosial Google atau Facebook bagi menyediakan akaun anda. Kami tidak mempunyai akses kepada saluran sosial peribadi anda. Untuk menukar e-mel atau kata laluan dalam kes ini, sila lakukan terus menerusi platform sosial.
Ini tidak menyelesaikan masalah anda?
Kalau begitu, hubungi kami dan kami akan lakukan yang terbaik untuk membantu. -
Saya membayar untuk Smallpdf Pro, kenapakah saya masih menerima mesej pengehadan?
Ini berlaku apabila pengguna telah mencipta lebih daripada satu akaun di Smallpdf secara tidak sengaja dan akaun yang mereka log masuk tidak dibayar.
Untuk menyemak sama ada anda dilog masuk ke akaun yang berbayar, apungkan di atas nama pengguna anda di penjuru kanan sebelah atas dan semak jika anda boleh mengakses halaman akaun anda. Jika ia memaparkan "Akaun" dan anda boleh klik padanya dan melihat butiran pembayaran anda, isu yang anda hadapi adalah berbeza, sila hubungi kami untuk menyelesaikan isu tersebut.
Sekiranya anda nampak "Lengkapkan Pendaftaran" apabila anda mengapung di atas nama pengguna anda, ini bermakna akaun yang anda log masuk belum diselesaikan pembayarannya. Sila log keluar dan log masuk ke akaun yang betul.
Harap maklum: Orang sering mencipta akaun menggunakan alamat e-mel dan kata laluan google mereka. Kemudian log masuk dengan mengklik pada butang log masuk sosial google. Tetapi cara ini akan mencipta akaun baru.
Jika anda fikir anda mempunyai akaun pendua dan menghadapi masalah melog masuk ke akaun berbayar anda, sila hubungi kami.Ini tidak menyelesaikan masalah anda?
Kalau begitu, hubungi kami dan kami akan lakukan yang terbaik untuk membantu.