Rumah
Alat
Dokumen
Cari
  • Harga

Benamkan PDF pada Laman Web Anda

Ingin memaparkan PDF dalam laman web supaya orang ramai tidak perlu mengkliknya? Benamkan PDF terus pada tapak anda—tanpa muat turun, tanpa aplikasi pihak ketiga dan tanpa kos (betul, ianya percuma).

Masukkan URL PDF anda:

Dipercayai oleh 6,000++ Perniagaan

Cara Membenamkan PDF Pada Laman Web secara Percuma

  1. Tampalkan pautan pada PDF anda dalam kotak di bahagian atas
  2. Klik “Jana kod”
  3. Setelah kod sedia, klik “Salin kod”
  4. Tampalkan kod pada kod sumber atau ciri benam CMS anda

Soalan PDF Benam Anda, Dijawab

Semua jawapan kepada soalan lazim kami. Jika anda tidak menemukan perkara yang dicari, hubungi kami dan kami akan membantu anda menyelesaikannya.

  • Mengapakah saya perlu benamkan PDF dalam laman web saya?

    Fikirkan tentang semua maklumat yang anda sering temukan dalam PDF. Sumber pendidikan, laporan perniagaan, katalog produk, borang perundangan dan penjagaan kesihatan, menu restoran digital, jadual acara, manual teknikal dan banyak lagi. Jika anda mengehoskan atau berkongsi mana-mana perkara ini, amalan biasa adalah dengan berkongsi pautan supaya orang ramai boleh mengklik untuk memuat turun atau membuka PDF anda dalam tetingkap lain. Dengan penilik PDF Benam Smallpdf, anda boleh menghapuskan klik dan membenamkan sebarang dokumen PDF terus dalam laman web. Untuk pengguna, pelanggan, klien atau pelawat anda, mereka boleh melihat PDF anda dengan mudah tanpa perlu mengklik apa-apa. Untuk anda pula, tiada aplikasi pihak ketiga atau pemasangan rumit untuk merealisasikannya. Secara ringkas, kami memudahkan anda memberikan pengalaman dokumen yang lebih baik kepada pengguna anda.


  • Bolehkah saya benamkan PDF yang dihoskan pada pelayan saya?

    Sudah tentu. Anda boleh membenamkan mana-mana PDF yang mempunyai URL terus kepada PDF itu. PDF boleh dihoskan pada pelayan anda, CMS anda atau mana-mana perkhidmatan pengehosan yang membolehkan PDF diakses melalui pautan langsung.


  • Bolehkah saya benamkan beberapa PDF pada halaman yang sama?

    Ya, berbilang PDF boleh dibenamkan pada halaman yang sama. Untuk berbuat demikian, cuma tambahkan kod benam di tempat yang anda mahu PDF muncul pada laman web anda. Anda boleh menampal kod benam terus pada kod sumber halaman anda atau anda boleh menggunakan sebarang kod pendek yang serasi atau fungsi blok benam asli yang dibenarkan oleh CMS anda. Anda boleh menggunakan kod yang sama untuk membenamkan PDF yang sama beberapa kali atau anda boleh membenamkan PDF yang berbeza dengan menjana kod benam unik untuk setiap PDF menggunakan kotak di bahagian atas halaman ini.


  • Bolehkah saya benamkan PDF yang disimpan pada storan awan Smallpdf?

    Belum lagi. Tetapi akan tersedia tidak lama lagi melalui ciri perkongsian. Jika anda melanggan surat berita, kami akan memaklumkan kepada anda sebaik sahaja ciri ini tersedia. Atau semak semula di sini untuk kemas kini yang terkini.


  • Adakah PDF dipaparkan dengan penilik PDF Benam Smallpdf secara peribadi?

    Ahli pasukan Smallpdf tiada akses kepada fail peribadi anda. Namun, perlu diingat bahawa mana-mana PDF yang anda benamkan pada tapak anda dapat dilihat oleh sesiapa sahaja yang mempunyai akses kepada laman web anda. Jika anda ingin membenamkan PDF yang hanya dapat dilihat oleh orang tertentu, anda perlu menggunakan ciri privasi laman web (cth., dengan meminta kata laluan untuk pelawat melihat halaman tertentu) anda.


  • Adakan ia percuma?

    100%. Penilik PDF Benam Smallpdf percuma untuk digunakan. Tiada pendaftaran akaun atau langganan diperlukan untuk menjana kod benam PDF unik untuk digunakan pada laman web anda bagi melihat PDF asli. Kedengaran gila? Saya ulang sekali lagi. Ya, percuma.


Perlukan bantuan untuk menambahkan PDF terbenam pada laman web anda?

Jika anda tidak pasti cara membenamkan PDF pada laman web anda atau hanya memerlukan bantuan, hubungi kami dan kami akan membantu anda bermula.